Isnin, Mac 09, 2009

Mengapa Aku Jadi Pengetua?

RM 18.90 / RM 20.90 (Sabah & Sarawak),
983-3654-63-0;
978-983-3654-63-5;
989833654635
Tarikh Terbit: 10 October 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 336 halaman

Novel yang mengisahkan cabaran yang dihadapi oleh Izaz Noraini, seorang pengetua muda di sebuah kolej swasta. Izaz terpaksa menjadi pengetua di kolej tersebut kerana itu adalah amanah kakak iparnya. Pelbagai masalah yang terpaksa Izaz harungi. Antaranya ialah menjadi buah mulut orang lain. Dia juga terpaksa mengharungi pelbagai cabaran kerana kehilangan abangnya yang melarikan diri. Tetapi akhirnya, Izaz berjaya menjadi seorang pengetua muda yang berjaya dalam kariernya.

Novel karya Kusyi Hirdan terbitan PTS One Sdn. Bhd. ini mengandungi 336 halaman dan mempunyai pelbagai pengajaran yang boleh diteladani. Kita haruslah sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan. Janganlah mudah berputus asa dan mengaku kalah jika tidak mencuba sesuatu itu dulu. Kita juga haruslah berpegang kepada amanah yang diberikan kepada kita.
Buku ini menarik dengan gaya penulisannya yang tidak terlampau rumit untuk difahami.

Ahad, Mei 25, 2008

Aku Mahu Buli

RM 16.00 / RM 19.00 (Sabah & Sarawak),
983-3653-10-X;
978-983-3653-10-9;
9789833653109
Tarikh Terbit: 18 January 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 256 halaman

Novel ini mengisahkan tentang seorang pelajar baru di Sekolah Menengah Sri Bangsar iaitu Mimi Monira yang selalu dibuli oleh geng yang paling popular di Sekolah Menengah Sri Bangsar iaitu The Wannababes disebabkan tersalah sebut nama geng mereka. Macam-macam perkara jahat yang The Wannababes telah rancangkan untuk membuli Mimi Mopnira. Akhirnya Mimi Monira berpindah ke sekolah lain dan The Wannababes telah dihukum untuk mencuci tandas selama 3 bulan.

Novel karya Ain Maisarah dan terbitan PTS One Sdn. Bhd. ini mengandungi 245 muka surat ini banyak memberikan pengajaran kepada saya. Antaranya ialah kita janganlah memandang pada fizikal seseorang. Kita juga tidak harus takut jika kita melakukan perkara yang tidak salah. Bak kata orang, "Berani kerana benar." Kita perlulah bersyukur dengan apa yang kita ada dan jangan mengeluh kerananya.

Khamis, Mei 22, 2008

Aku Mahu Saiz S


RM 16.00 / RM 19.00 (Sabah & Sarawak),
983-3653-86-3;
978-983-3653-86-0;
978-983-3653-86-0
Tarikh Terbit: 7 August 2007 ;
Jumlah Muka Surat : 288 halaman


Aku Mahu Saiz S mengisahkan tentang pelajar tingkatan 4, Edrina, Widya, dan Umi iaitu ahli Kelab Saiz XL yang bergaduh dengan ahli kelab The Size S yang juga pelajar tingkatan 4 iaitu Hana, Huda, dan Nita. Mereka bergaduh sehingga berlaku suatu peristiwa yang mereka tak terfikir langsung. Mereka terpaksa mengikuti program Pembimbing Rakan Kurus yang telah diarahkan oleh Pengetua Sekolah Menengah Seri Bangsar. Pada mulanya memang tiada langsung kerjasama di antara mereka, tapi disebabkan ingin menyarung pakaian rekaan Amin Jauhary mereka menjadi rakan yang sungguh rapat.

Novel yang mengandungi 245 muka surat ini ditulis oleh Ain Maisarah dan diterbitkan oleh PTS One Sdn. Bhd. Antara pengajaran yang boleh saya teladani di dalam novel ini ialah jangan terlalu memandang fizikal seseorang. Bukan bermakna orang itu cantik, hati mereka baik. Kita juga tidak seharusnya sombong dengan kurniaan Allah yang telah kita dapat. Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada. Buku ini sungguh menarik kerana gaya penulisannya santai dan mudah difahami.

Saya suka buku ini!

Selasa, Januari 15, 2008

Aku Mahu Popular

RM 14.50 / RM 17.50 (Sabah & Sarawak),
983-3653-50-2;
978-983-3653-50-8;
9789833653508
Tarikh Terbit: 6 November 2006 ;
Jumlah Muka Surat : 240 halaman

Aku mahu Popular mengisahkan tentang perancangan 2 orang remaja perempuan yang ingin popular seperti sebuah kumpulan di sekolah mereka: The Wannababes. Mereka ialah Farah dan Shazarina. Macam-macam yang mereka lakukan untuk menjadi popular. Antaranya ialah dengan menggunakan seterika untuk membuat teknik rebonding.

Novel yang mempunyai 222 halaman ini ditulis oleh Ain Maisarah dan diterbitkan oleh PTS One Sdn. Bhd. Antara pengajaran hidup yang saya dapati daripada novel ini ialah kita mestilah sentiasa bekerjasama dan jangan mudah bangga diri dengan apa yang kita miliki kerana mungkin apa yang kita miliki akan hilang sekelip mata.

Khamis, Disember 13, 2007

Cinta Laksa & Ubi

RM 13.50 / RM 16.50 (Sabah & Sarawak),
983-3653-13-8;
978-983-3653-13-3;
9789833653133
Tarikh Terbit: 17 April 2006 ;
Jumlah Muka Surat : 160 halaman

Cinta Laksa & Ubi mengisahkan seorang pelajar universiti yang bernama Nur Shafina dan rakan-rakannya.

Nur Shafina adalah seorang gadis yang pandai,cantik dan peramah. Penglibatannya dalam bidang teater menyebabkan dia menjadi popular dan mempunyai peminat rahsia. Nur Shafina menjadi keliru dengan e-mel yang baru diterima daripada peminat rahsianya itu. Siapakah lelaki itu? Dia membalas bagi mencari identiti sebenar Ubi. Akan tetapi hatinya kuat menyatakan Ubi adalah abang senior yang pernah membulinya semasa orientasi dahulu.

Novel yang mengandungi 152 halaman ini ditulis oleh Hanifah Trukey dan diterbitkan oleh PTS One Sdn. Bhd. Antara pengajaran yang saya dapati daripada novel ini ialah, kita janganlah mudah lupa diri dan asal-usul kita.

Kita juga janganlah bersikap sombong apabila telah berjaya. Selain itu, kita mestilah sentiasa menghormati kedua ibu bapa kita kerana merekalah yang telah membesarkan kita.

Rabu, Jun 13, 2007

Dua Dunia

RM 14.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak),
983-3653-38-3; 9789833653386
Tarikh Terbit: 27 December 2006 ;
Jumlah Muka Surat : 208 halaman

Dua Dunia mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang bernama Yazmin.

Dia sering berada di dalam dunia khayalannya. Yazmin sering berangan-angan hendak membuka salun dan kedai bunga, menjadi saintis dan ratu cantik, serta macam-macam lagi yang diangankan.

Pernah sekali dia berangan hendak membuka salun sehinggakan pokok-pokok jagung emaknya habis rosak dikerjakan dengan syampo kakaknya.

Novel yang mengandungi 208 halaman ini ditulis oleh Majidah Mat Jusoh dan diterbitkan oleh PTS One Sdn. Bhd. Cerita ini agak kelakar dan jalan ceritanya juga bagus. Saya seronok membacanya.

Novel ini banyak memberikan pengajaran kepada diri saya. Antaranya ialah kita perlulah berusaha dan jangan berputus asa untuk berjaya, dan kita haruslah saling hormat-menghormati anatara satu sama lain.

Selasa, Jun 12, 2007

Cerita Antara Kita

RM 14.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak),
983-3653-10-3;
9789833653102
Tarikh Terbit: 17 April 2006 ;
Jumlah Muka Surat : 176 halaman

Cerita Antara Kita mengisahkan tentang tiga orang remaja iaitu Mimi, Iskandar dan Taufiq. Mimi adalah anak kepada seorang Datuk. Dia tidak dapat mencari kebahagian dengan keluarganya, dengan itu dia cuba mencari kebahagian dengan rakan sebayanya iaitu Iskandar dan Taufiq. Namun begitu, kehadiran Amir Amran telah memberi tamparan hebat kepada persahabatan mereka.

Novel yang mempunyai 176 halaman ini ditulis oleh Emy Nasuwa Abu Bakar dan diterbitkan oleh PTS One Sdn. Bhd. Novel ini banyak memberi pengajaran kepada diri saya antaranya ialah kita jangan terlalu bongkak kerana ia mungkin akan memalukan diri kita sendiri.