Rabu, Jun 13, 2007

Dua Dunia

RM 14.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak),
983-3653-38-3; 9789833653386
Tarikh Terbit: 27 December 2006 ;
Jumlah Muka Surat : 208 halaman

Dua Dunia mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang bernama Yazmin.

Dia sering berada di dalam dunia khayalannya. Yazmin sering berangan-angan hendak membuka salun dan kedai bunga, menjadi saintis dan ratu cantik, serta macam-macam lagi yang diangankan.

Pernah sekali dia berangan hendak membuka salun sehinggakan pokok-pokok jagung emaknya habis rosak dikerjakan dengan syampo kakaknya.

Novel yang mengandungi 208 halaman ini ditulis oleh Majidah Mat Jusoh dan diterbitkan oleh PTS One Sdn. Bhd. Cerita ini agak kelakar dan jalan ceritanya juga bagus. Saya seronok membacanya.

Novel ini banyak memberikan pengajaran kepada diri saya. Antaranya ialah kita perlulah berusaha dan jangan berputus asa untuk berjaya, dan kita haruslah saling hormat-menghormati anatara satu sama lain.

6 ulasan:

~qudwah_mardihah~ berkata...

SALAM.

comel adik akak ni....leh akak kenalan ngn adik..
banyak membaca ya...bagus-bagus...teruskan amalan baik-baik ni...

"Salam Sayang"

aaai berkata...

alhamdulillah
salamun'alaikumwarahmatullah

ainon mohd berkata...

Selamat Menyambut Adilfitri!

Banyak membaca buku... lama-lama pandai menulis buku!

ICeSoul berkata...

Saya selalu baca ulasan adik, bagus. teruskan usaha.

cuba di ulasan akan datang, jangan diletak 'sekian' lagi, kerana semua orang tahu adik sudah habis menulis dengan tanda noktah.

sekian, sedikit komentar dari saya yang juga masih belajar :)

Kak Majidah berkata...

Wahh!! akak kagum dengan hobi adik... teruskan membaca ya.

P/S: Terima kasih kerana sudi berkongsi 'angan-angan' bersama Yazmin.


-Kak Majidah-

.imah. berkata...

~qudhah_mardihah,
Terima kasih. :)

aaai,
Salam. :)

ainon mohd,
Amiinnn. :)

ICeSoul,
Terima kasih atas nasihat itu. :)

Kak Majidah,
Hehe, terima kasih. Sama-sama. "Angan-angan" Yazmin sangat cool. Hehe~ x)