Khamis, Mei 22, 2008

Aku Mahu Saiz S


RM 16.00 / RM 19.00 (Sabah & Sarawak),
983-3653-86-3;
978-983-3653-86-0;
978-983-3653-86-0
Tarikh Terbit: 7 August 2007 ;
Jumlah Muka Surat : 288 halaman


Aku Mahu Saiz S mengisahkan tentang pelajar tingkatan 4, Edrina, Widya, dan Umi iaitu ahli Kelab Saiz XL yang bergaduh dengan ahli kelab The Size S yang juga pelajar tingkatan 4 iaitu Hana, Huda, dan Nita. Mereka bergaduh sehingga berlaku suatu peristiwa yang mereka tak terfikir langsung. Mereka terpaksa mengikuti program Pembimbing Rakan Kurus yang telah diarahkan oleh Pengetua Sekolah Menengah Seri Bangsar. Pada mulanya memang tiada langsung kerjasama di antara mereka, tapi disebabkan ingin menyarung pakaian rekaan Amin Jauhary mereka menjadi rakan yang sungguh rapat.

Novel yang mengandungi 245 muka surat ini ditulis oleh Ain Maisarah dan diterbitkan oleh PTS One Sdn. Bhd. Antara pengajaran yang boleh saya teladani di dalam novel ini ialah jangan terlalu memandang fizikal seseorang. Bukan bermakna orang itu cantik, hati mereka baik. Kita juga tidak seharusnya sombong dengan kurniaan Allah yang telah kita dapat. Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada. Buku ini sungguh menarik kerana gaya penulisannya santai dan mudah difahami.

Saya suka buku ini!

1 ulasan:

ELIESSA berkata...

dh baca,, best! aku mahu teman tp mesra pun best jgk:)