Sabtu, November 21, 2009

Sayalah Puteri Raja!


RM 18.00 / RM 20.00 (Sabah & Sarawak),
983-3654-74-6;
978-983-3654-74-1;
9789833654741
Tarikh Terbit: 28 February 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 272 halaman

Sayalah Puteri Raja mengisahkan tentang Zara yang sering berangan menjadi puteri raja. Zara tidak suka bergaul dengan orang yang berada di sekelilingnya. Sehinggalah dia mendapat seorang jiran baru yang menjengkelkan padanya. Namun, siapa sangka bahawa jirannya itu akan mengubah hidupnya? Sehingga angan-angannya sebelum ini menjadi realiti dan dia menjadi seorang puteri raja.

Karya Aizam Aiman ini diterbitkan oleh PTS One Sdn. Bhd. dan mempunyai 272 halaman. Penuh dengan pelbagai pengajaran. Antaranya ialah kita hendaklah sentiasa menghormati kedua-dua ibu bapa kita. Kita juga hendaklah sentiasa saling menolong antara satu sama lain dan jangan hanya mementingkan diri sendiri sahaja.

Bahasa yang mudah. Senang difahamai. Jalan cerita yang menarik. Tapi seakan tergantung pada akhirnya. Mungkin penulis bercadang mahu buat sambungan agaknya. :)

Ahad, Oktober 18, 2009

Mengapa Aku Masih Jadi Pengetua?


RM 18.90 / RM 20.90 (Sabah & Sarawak),
983-3654-80-0;
978-983-3654-80-2;
9789833654802
Tarikh Terbit: 22 March 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 348 halaman

'Mengapa Aku Masih jadi Pengetua?' ialah siri kedua 'Mengapa Aku jadi Pengetua?'. Masih
mengisahkan tentang Izaz Noraini yang menjadi pengetua termuda Kolej Elita, kolej yang diamanahkan oleh kakak iparnya. Masih ada lagi masalah yang berlaku dan Izaz Noraini masih mampu mengawalnya. Izaz Noraini juga kini semakin bergaya dan kelihatan semakin matang. Dia juga telah menjadi pelajar sambilan. Dengan pelbagai tanggungjawab yang digalasnya, dia masih tabah menjalani semuanya.

Novel karya Kusyi Hirdan terbitan PTS One Sdn. Bhd. ini mengandungi 348 halaman dengan plot dan jalan cerita yang menarik dengan gaya penulisannya yang tidak terlampau rumit untuk difahami. Novel ini juga mempunyai pelbagai pengajaran yang boleh diteladani. Kita haruslah sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan. Janganlah mudah berputus asa dan mengaku kalah jika tidak mencuba sesuatu itu dulu. Kita juga haruslah berpegang kepada amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita.

Ahad, September 13, 2009

Aku Bukan Superstar


RM 17.90 / RM 19.90 (Sabah & Sarawak),
983-3654-81-9;
978-983-3654-82-6;
9789833654826
Tarikh Terbit: 19 April 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 384 halaman

Mengisahkan tentang ketabahan seorang anak FELDA bernama Aril dalam mencapai cita-cita dan impiannya. Aril mengalami konflik dengan ibunya. Dia ingin menjadi seorang penyanyi sedangkan ibunya mahu dia menjadi seorang ustaz. Pelbagai masalah yang terpaksa dilaluinya untuk melayakkan diri ke rancangan realiti tv, Institut Fantasi. Tetapi akhirnya, dia telah berjaya mencapai impiannya.

Novel karya Lily Haslina Nasir dan diterbitkan oleh PTS One Sdn. Bhd. ini mengandungi 384 halaman yang banyak memberi pengajaran kepada semua. Kita haruslah menghormati ibu bapa kita kerana tanpa mereka kita bukanlah sesiap di dunia ini. Kita juga haruslah rajin berusaha dan jangan mudah berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup ini. Novel yang menarik dan bagus untuk semua. :)

Rabu, September 02, 2009

Dunia Jam 10

RM 15.50 / RM 17.50 (Sabah & Sarawak),
983-3654-83-5;
978-983-3654-83-3;
Tarikh Terbit: 17 April 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 304 halaman

Masih ingat Yazmin dalam novel Dua Dunia? Yazmin yang suka berangan tak kira masa dan keadaan. Sedang tidur pun masih boleh berangan lagi. Sampai sekarang Yazmin masih suka berangan, tetapi dia akan ke dunia keduanya itu pada jam 10 malam.

Novel terbitan PTS One Sdn. Bhd. ini karya Majidah Mat Jusoh dan mengandungi 304 halaman. Di dalam 304 halaman ini terdapat pelbagai pengajaran yang boleh kita perolehi. Antaranya ialah jangan mudah berputus asa dalam melakukan apa-apa sahaja. Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Selasa, Julai 14, 2009

Siapa Aku?


RM 16.90 / RM 19.90 (Sabah & Sarawak),
983-3654-19-3;
978-983-3654-19-2;
9789833654192
Tarikh Terbit: 31 January 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 256 halaman

Siapa Aku. Novel yang diselitkan dengan lukisan-lukisan komik yang menarik. Mengisahkan tentang hidup Borhan. Katanya, "Diri aku umpama apam. Apabila dikukus pasti sedap rasanya. Tetapi apabila digoreng nescaya hancur jadinya. Aku melihat dunia ini bulat seperti donat, tetapi isinya tidaklah semanis kuih donat. Karipap penuh dengan pelbagai inti. Ada ubi kentang, daging, perisa kari, dan juga sardin. Tetapi bukan semuanya sedap. Ada juga rasa pahit, manis, masin, dan pedas…." Kepelbagaian cerita kehidupan Borhan ini menarik walaupun banyak yang terpaksa dilaluinya.

Novel terbitan PTS One Sdn. Bhd. ini karya Jebart dan mengandungi 256 halaman. Di dalam 256 halaman yang ada ini, anda akan mendapat pelbagai pengajaran yang boleh dicontohi. Antaranya ialah, jangan mudah berputus asa. Walaupun kita gagal, janganlah cepat putus asa. Berusahalah untuk menjadi lebih maju kerana gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya. Kita juga hendaklah menghormati orang yang lebih tua kerana tanpa mereka, kita bukanlah sesiapa.

Bahasa yang digunakan standard dan mudah difahami. Lebih menarik dan unik dari novel lain kerana disertai dengan lukisan-lukisan komik.


Sabtu, Jun 13, 2009

Hai Suria!


RM 13.50 / RM 15.50 (Sabah & Sarawak),
983-3654-81-9;
978-983-3654-81-9;
Tarikh Terbit: 16 April 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 224 halaman

Pernah baca Dear Yayah? Penulisnya Farihah Iskandar? Kalau dalam Dear Yayah, watak utamanya ialah Jihan, dalam Hai Suria pula menampilkan Suria sebagai watak utamanya. Suria adalah kawan rapat Jihan. Novel ini mengisahkan tentang kehidupan Suria. Tentang misteri Si IK yang mengirim kad-kad comel kepada Suria, tentang Pika, seorang anak yatim yang mencuit hati dan pelbagai lagi dalam novel Hai Suria ini.

Novel karya Farihah Iskandar terbitan PTS One Sdn. Bhd. ini banyak memberi pengajaran kepada kita semua. Antaranya ialah jangan udah berputus asa untuk mencapai sesuatu. Sentiasalah berusaha sehingga berjaya. Kita juga haruslah saling membantu. Janganlah terlalu mementingkan diri sendiri. Bantulah mereka yang memerlukan dan mungkin suatu hari nanti bantuan kita akan dibalas dengan baik.

Dia Ataupun Dia?


RM RM16.50 / RM RM18.50 (Sabah & Sarawak),
978-983-3892-22-8;
978-983-3892-22-8
Tarikh Terbit: 20 January 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 272 halaman

Dia Ataupun Dia, novel cinta yang mengisahkan percintaan tentang Roni dan Ina. Kisah cinta yang bermula semenjak di Sekolah Menengah yang mengalami salah faham apabila di akhir persekolahan mereka. Roni menganggap Ina mengkhianati cinta mereka. Ina pula berfikir yang Roni sudah berubah. Roni cuba melupakan Ina. Namun di saat itu, Roni terjumpa dengan Adelia, seorang perempuan yang mirip sekali dengan Ina. Adelia sebenarnya adalah adik kepada Ina. pelbagai yang dihadapi oleh Roni. Namun akhirnya, Roni dan Ina berjaya menyelesaikan salah faham antara mereka.

Baru selesai baca novel ini. Agak menarik walaupun pada mulanya saya menganggap novel ini agak membosankan. Dengan beberapa bahasa yang kurang difahami. Novel ini ditulis oleh penulis dari Indonesia. Mungkin disebabkan itu ada segelintir bahasa yang kurang difahami. Walau bagaimanapun, jalan ceritanya agak menarik. Mengisahkan cinta yang tidak kesampaian pada mulanya kerana sedikit salah faham yang akhirnya segalanya terungkai. Roni dan Ina akhirnya bersatu kembali.

Novel karya Sony Ade terbitan PTS Litera Sdn. Bhd ini mampu memberi banyak pengajaran kepada kita semua. Antaranya ialah jangan melakukan sesuatu secara terburu-buru. Siasat dahulu segalanya sebelum membuat sesuatu tindakan. Kita juga haruslah menghormati ibu bapa dan jangan sekali-kali membelakangkan mereka walau apapun yang berlaku.