Isnin, Mac 09, 2009

Mengapa Aku Jadi Pengetua?

RM 18.90 / RM 20.90 (Sabah & Sarawak),
983-3654-63-0;
978-983-3654-63-5;
989833654635
Tarikh Terbit: 10 October 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 336 halaman

Novel yang mengisahkan cabaran yang dihadapi oleh Izaz Noraini, seorang pengetua muda di sebuah kolej swasta. Izaz terpaksa menjadi pengetua di kolej tersebut kerana itu adalah amanah kakak iparnya. Pelbagai masalah yang terpaksa Izaz harungi. Antaranya ialah menjadi buah mulut orang lain. Dia juga terpaksa mengharungi pelbagai cabaran kerana kehilangan abangnya yang melarikan diri. Tetapi akhirnya, Izaz berjaya menjadi seorang pengetua muda yang berjaya dalam kariernya.

Novel karya Kusyi Hirdan terbitan PTS One Sdn. Bhd. ini mengandungi 336 halaman dan mempunyai pelbagai pengajaran yang boleh diteladani. Kita haruslah sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan. Janganlah mudah berputus asa dan mengaku kalah jika tidak mencuba sesuatu itu dulu. Kita juga haruslah berpegang kepada amanah yang diberikan kepada kita.
Buku ini menarik dengan gaya penulisannya yang tidak terlampau rumit untuk difahami.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam adik Imah,

Terima kasih kerana sudi ulas buku Kak Kusyi. Jangan lupa dapatkan siri kedua Mangapa Aku Masih Jadi Pengetua.

Salam perkenalan.


Kusyi Hirdan
www.jendelaku.com

.imah. berkata...

Salam Kak Kusyi Hirdan,

Sama-sama. Sudah dapatkannya. Seronok membacanya. :)

Salam perkenalan juga.

:)

mast berkata...

saye suke bace kedua2 siri novel ni..kandungannye menarik dan lucu.bile yg siri yg ke-3 nk kuar eh?i'm waiting for it..