Memaparkan catatan dengan label PTS Litera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PTS Litera. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 13, 2009

Dia Ataupun Dia?


RM RM16.50 / RM RM18.50 (Sabah & Sarawak),
978-983-3892-22-8;
978-983-3892-22-8
Tarikh Terbit: 20 January 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 272 halaman

Dia Ataupun Dia, novel cinta yang mengisahkan percintaan tentang Roni dan Ina. Kisah cinta yang bermula semenjak di Sekolah Menengah yang mengalami salah faham apabila di akhir persekolahan mereka. Roni menganggap Ina mengkhianati cinta mereka. Ina pula berfikir yang Roni sudah berubah. Roni cuba melupakan Ina. Namun di saat itu, Roni terjumpa dengan Adelia, seorang perempuan yang mirip sekali dengan Ina. Adelia sebenarnya adalah adik kepada Ina. pelbagai yang dihadapi oleh Roni. Namun akhirnya, Roni dan Ina berjaya menyelesaikan salah faham antara mereka.

Baru selesai baca novel ini. Agak menarik walaupun pada mulanya saya menganggap novel ini agak membosankan. Dengan beberapa bahasa yang kurang difahami. Novel ini ditulis oleh penulis dari Indonesia. Mungkin disebabkan itu ada segelintir bahasa yang kurang difahami. Walau bagaimanapun, jalan ceritanya agak menarik. Mengisahkan cinta yang tidak kesampaian pada mulanya kerana sedikit salah faham yang akhirnya segalanya terungkai. Roni dan Ina akhirnya bersatu kembali.

Novel karya Sony Ade terbitan PTS Litera Sdn. Bhd ini mampu memberi banyak pengajaran kepada kita semua. Antaranya ialah jangan melakukan sesuatu secara terburu-buru. Siasat dahulu segalanya sebelum membuat sesuatu tindakan. Kita juga haruslah menghormati ibu bapa dan jangan sekali-kali membelakangkan mereka walau apapun yang berlaku.

Sabtu, April 25, 2009

3600 Saat


RM 14.50 / RM 16.50 (Sabah & Sarawak),
978-983-3892-34-1;
978-983-3892-34-1;
Tarikh Terbit: 15 April 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 192 halaman

Novel ini mengisahkan tentang Sofea, seorang remaja yang sangat bermasalah setelah ibu bapanya bercerai. Dia menganggap hidupnya sudah kosong dan tiada apa-apa lagi. Dia seringkali bertukar sekolah. Tidak sampai sepuluh hari di setiap kalinya. Sehingga mamanya menghantar dia ke sebuah sekolah swasta yang telah mengubah persepsi hidupnya sekaligus. Di sekolah itu, dia berkenalan dengan seorang budak lelaki bernama Hadi. Hadi seorang pemain piano yang hebat dan disebabkan itulah Hadi berkenalan dengan Sofea. Hadi seorang pelajar yang menghidapi masalah jantung sejak kecil. Hadi tidak dapat melakukan perkara-perkara yang dilakukan oleh remaja sihat yang lain. Namun dia berusaha untuk mempertahankan nyawanya.

Sejak berkawan dengan Hadi, Sofea telah berubah. Perilakunya berubah menjadi lebih baik. Sehingga satu saat, Hadi ingin melakukan pembedahan jantung yang berisiko untuknya. Sebelum pembedahan Sofea telah menggunakan 3600 saat bersamaan dengan 1 jam untuk menggembirakan Hadi. Namun selepas tempoh satu jam itu, Hadi telah pergi meninggalkan dunia kerana pembedahan itu tidak berjaya. Sofea berasa sedih tetapi berusaha meneruskan cita-cita Hadi untuk menjadi doktor supaya dapat merawat mereka yang senasib dengan Hadi.

Novel karya Charon yang diterbitkan oleh PTS Litera Sdn. Bhd. ini sungguh menyentuh perasaan. Saya juga ada terasa hendak menitiskan air mata ketika membacanya. Jalan ceritanya juga menarik dengan pelbagai pengajaran yang dapat diperolehi. Kita janganlah cepat berputus asa dengan hidup ini. Berusahalah untuk mencapai apa yang diingini. Hormatilah orang tua kita kerana tanpa mereka kita tidak akan wujud di dunia ini.