Sabtu, Jun 13, 2009

Dia Ataupun Dia?


RM RM16.50 / RM RM18.50 (Sabah & Sarawak),
978-983-3892-22-8;
978-983-3892-22-8
Tarikh Terbit: 20 January 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 272 halaman

Dia Ataupun Dia, novel cinta yang mengisahkan percintaan tentang Roni dan Ina. Kisah cinta yang bermula semenjak di Sekolah Menengah yang mengalami salah faham apabila di akhir persekolahan mereka. Roni menganggap Ina mengkhianati cinta mereka. Ina pula berfikir yang Roni sudah berubah. Roni cuba melupakan Ina. Namun di saat itu, Roni terjumpa dengan Adelia, seorang perempuan yang mirip sekali dengan Ina. Adelia sebenarnya adalah adik kepada Ina. pelbagai yang dihadapi oleh Roni. Namun akhirnya, Roni dan Ina berjaya menyelesaikan salah faham antara mereka.

Baru selesai baca novel ini. Agak menarik walaupun pada mulanya saya menganggap novel ini agak membosankan. Dengan beberapa bahasa yang kurang difahami. Novel ini ditulis oleh penulis dari Indonesia. Mungkin disebabkan itu ada segelintir bahasa yang kurang difahami. Walau bagaimanapun, jalan ceritanya agak menarik. Mengisahkan cinta yang tidak kesampaian pada mulanya kerana sedikit salah faham yang akhirnya segalanya terungkai. Roni dan Ina akhirnya bersatu kembali.

Novel karya Sony Ade terbitan PTS Litera Sdn. Bhd ini mampu memberi banyak pengajaran kepada kita semua. Antaranya ialah jangan melakukan sesuatu secara terburu-buru. Siasat dahulu segalanya sebelum membuat sesuatu tindakan. Kita juga haruslah menghormati ibu bapa dan jangan sekali-kali membelakangkan mereka walau apapun yang berlaku.

Tiada ulasan: