Ahad, April 19, 2009

Harta Itu Aku Punya!


RM 16.90 / RM 18.90 (Sabah & Sarawak),
983-3654-69-X;
978-983-3654-69-7;
9789833654697
Tarikh Terbit: 15 March 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 288 halaman

Menceritakan tentang ketabahan Nur Adana menjalani hidup dengan susah payah selepas ayahnya diisytiharkan muflis dan dipenjarakan. Dia tidak lagi menjadi anak tunggal orang kaya yang memiliki barangan mewah lagi. Dia juga tidak dilayan sebagai puteri raja seperti dahulu. Adana yang sebelum ini tidak pernah berjumpa dengan pak ciknya ke rumah Tuan Mansor yang terletak di ladang besar. Dia cuba memenangi hati pak ciknya yang kaya itu supaya dapat mewarisi hartanya. Tuan Mansor tidak mempunyai waris. Nampaknya, Adana sahaja pewaris yang mungkin ada. Walau bagaimanapun, semuanya tidak semudah yang disangka. Dia terpaksa melalui pelbagai halangan dan cabaran untuk bergelar pewaris kepada semua harta pak ciknya itu. Dia terpaksa membaiki rumah usang dan juga bekerja di ladang. Namun akhirnya, dengan ketabahan Adana, dia berjaya mengharungi semua cabaran itu.

Novel karya N.J. Neri yang mengandungi 288 halaman ini diterbitkan oleh PTS One Sdn. Bhd. Novel ini boleh dikategorikan sebagai novel yang menarik dengan jalan ceritanya yang banyak unsur saspens. Apabila membacanya, memang rasa tidak boleh berhenti kerana sentiasa tertanya-tanya apa yang akan berlaku.

Banyak juga pengajaran yang boleh didapati dalam novel ini. Paling utama ialah jangan hanya mementingkan harta dan wang ringgit semata-mata sebaliknya pentingkanlah hubungan sesama manusia. Kita juga harus sentiasa tabah dan sabar menghadapi dugaan dari Tuhan. Sesungguhnya di sebalik perkara yang berlaku itu ada hikmahnya. Kita juga tidak perlu mengeluh dengan nasib yang kita alami kerana sesungguhnya ada nasib yang lebih teruk daripada kita. Bersyukurlah dengan apa adanya.

2 ulasan:

asyiqin@ikin berkata...

imah...bleh x kalau awk senaraikn 5 perkataan bru dlm novel tuh????bleh x??
plezz r...kalo x leh x per r...

.imah. berkata...

asyiqin@ikin,
Maaf. Agak terlupa untuk itu. Hehe~ x)