Khamis, Disember 13, 2007

Cinta Laksa & Ubi

RM 13.50 / RM 16.50 (Sabah & Sarawak),
983-3653-13-8;
978-983-3653-13-3;
9789833653133
Tarikh Terbit: 17 April 2006 ;
Jumlah Muka Surat : 160 halaman

Cinta Laksa & Ubi mengisahkan seorang pelajar universiti yang bernama Nur Shafina dan rakan-rakannya.

Nur Shafina adalah seorang gadis yang pandai,cantik dan peramah. Penglibatannya dalam bidang teater menyebabkan dia menjadi popular dan mempunyai peminat rahsia. Nur Shafina menjadi keliru dengan e-mel yang baru diterima daripada peminat rahsianya itu. Siapakah lelaki itu? Dia membalas bagi mencari identiti sebenar Ubi. Akan tetapi hatinya kuat menyatakan Ubi adalah abang senior yang pernah membulinya semasa orientasi dahulu.

Novel yang mengandungi 152 halaman ini ditulis oleh Hanifah Trukey dan diterbitkan oleh PTS One Sdn. Bhd. Antara pengajaran yang saya dapati daripada novel ini ialah, kita janganlah mudah lupa diri dan asal-usul kita.

Kita juga janganlah bersikap sombong apabila telah berjaya. Selain itu, kita mestilah sentiasa menghormati kedua ibu bapa kita kerana merekalah yang telah membesarkan kita.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
ijat berkata...

saya baru terpandang tajuk buku ni masa masuk dlm watchlist kat lelong...tajuk yang bagi saya sangat comel... wish i had one...

.imah. berkata...

bluefroggie,
Oh, ya. Tajuknya agak comel. :)

ELIESSA berkata...

ya, baca tajuk dh terpikat,, cewahh