Isnin, Februari 12, 2007

Bagai Isi dengan Kuku

Karangan: Ami Masra
Penerbit: Pustaka Jerang

Bagai Isi dengan Kuku mengisahkan tentang dua orang budak yang bernama Rosli dan Roslan. Mereka berdua sungguh akrab bagai isi dengan kuku. Mereka juga saling tolong-menolong antara satu sama lain. Mereka berdua murid yang cemerlang di sekolah mereka. Ibu bapa mereka sungguh bangga dengan prestasi mereka.

Buku ini ditulis oleh Ami Masra dan diterbitkan oleh Pustaka Jerang. Saya dapati buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Ianya membentuk nilai-nilai murni dalam diri kita seperti tolong-menolong, hormat-menghormati, dan berdisiplin.

Khamis, Februari 01, 2007

Dua Pengembara Dengan Dompet

Dua Pengembara Dengan Dompet mengisahkan seorang pengembara tamak yang telah menjumpai sebuah dompet yang berisi banyak jumlah wang.

Pengembara itu berkata bahawa dompet itu kepunyaan dia seorang, akan tetapi dia menjumpai dompet itu bersama seorang lagi pengembara. Mereka berdua bergaduh kerana merebutkan dompet itu. Akhirnya pengembara yang tamak itu ditangkap oleh orang-orang kampung.

Buku ini diterbitkan oleh Arowana Publications Sdn. Bhd. Pengajaran yang saya dapati daripada buku ini ialah kita tidak boleh tamak dalam kehidupan kita.

Kita juga tidak patut mengambil barang yang bukan milik kita.kita juga harus saling tolong-menolong.

Sabtu, Januari 20, 2007

Sahabat Kole Kacang Jiwa Pendekar

RM 13.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak),
983-3653-54-5;
978983365354-6
Tarikh Terbit: 30 November 2006 ;
Jumlah Muka Surat : 224 halaman

Sahabat Kole Kacang Jiwa Pendekar mengisahkan tentang Muaz dan Zuhaimi serta kawan baru mereka Khalid, Ayub dan lain-lain lagi. Juga mengisahkan tentang Azizul seorang pelajar nakal yang berkawan dengan Johan dan Hassan. Shafie pula adalah mangsa buli mereka. Azizul mahu berubah menjadi budak yang baik. Shafie pula ingin menjadi budak yang tak mudah dibuli. Usaha mereka berdua bukan mudah. Banyak halangan yang ditempuhi mereka.

Nomik ini diterbitkan oleh PTS O.N.E Sdn. Bhd. dan ditulis oleh Encik Ahmad Zafran Abdul Mutalib dan dilukis oleh Encik Mohd Faisal Nordin.

Pengajaran yang saya dapati setelah membaca nomik motivasi ini ialah kita perlu berani mengaku atas kesalahan yang telah kita lakukan. Kita juga perlu saling tolong-menolong dan hormat-menghormati.

Selasa, Januari 09, 2007

Sahabat Kole Kacang 1

RM 13.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak),
983-3357-32-6;
9789833357321;
978983357321
Tarikh Terbit: 1 January 2006 ;
Jumlah Muka Surat : 192 halaman

Apa itu Kole Kacang? Kole Kacang itu merupakan sejenis kuih, tetapi masih ada yang tidak tahu tentang itu. Sahabat Kole Kacang menceritakan tentang dua orang sahabat, iaitu Muaz dan Zuhaimi. Mereka melalui banyak konflik dan ada saja budak jahat yang menyusahkan orang lain.

Nomik ini ditulis oleh En. Ahmad Zafran Abdul Mutalib, dilukis oleh En. Mohd. Faisal Nordin, dan diterbitkan oleh PTS O.N.E Sdn. Bhd.

Pengajaran yang saya dapati daripada nomik motivasi ini ialah kita perlu saling tolong-menolong dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

Isnin, Disember 25, 2006

Himpunan Kisah-kisah Malaikat

Kehidupannya hanya untuk Allah SWT. Tiada sedikitpun coretan hitam dalam diari kehidupannya. Dalam dirinya terpancar 1001 cahaya yang menerangi langit dan bumi.

Malaikat menjadi kekasih dan sahabat para rasul. Malaikat juga menjadi penghibur dan penyampai gembira dalam menempuh kedukaan.

1001 Cahaya-Himpunan Kisah-kisah Malaikat ditulis oleh Muhammad Isa Selamat dan diterbitkan oleh Darul Nu'man ini banyak memberikan saya pengajaran supaya tabah dengan apa jua dugaan dari Allah SWT dan juga menguatkan iman saya.

Khamis, Disember 21, 2006

Misteri Pelajar Hilang

Misteri Pelajar Hilang ditulis oleh Jaffry Mahidin dan diterbitkan oleh Buku Must Sdn. Bhd. ini mengisahkan tentang kehilangan seorang pelajar yang disangka diculik, akan tetapi sebenarnya dia bersama abangnya.

Dua orang pelajar iaitu Suhaila dan Mei Yap telah berusaha untuk menjejaki kehilangan Prema,pelajar itu. Akhirnya Prema telah dijumpai.

Pengajaran yang saya dapati daripada cerita Misteri Pelajar hilang ini ialah kita harus sentiasa saling tolong-menolong dan hormat-menghormati di antara satu sama lain. Kita juga perlu mendengar nasihat ibu bapa dan jangan melawan mereka.

Selasa, Disember 05, 2006

Budak Pengembala dengan Serigala

Buku cerita ini diterbitkan oleh Arowana Publications dan mengisahkan tentang seorang budak pengembala kambing yang suka menipu orang-orang kampung.

Dia mengatakan bahawa ada serigala yang datang untuk memakan kambing-kambingnya itu. Dia menipu orang-orang kampung sebanyak tiga kali.

Pada kali keempat serigala benar-benar datang untuk memakan kambing-kambing budak pengembala itu. Budak pengembala kambing itu meminta tolong kepada orang-orang kampung tetapi orang-orang kampung tidak lagi percaya kepada budak pengembala itu. Akhirnya kambing-kambing budak pengembala itu dimakan oleh serigala.

Cerita ini banyak memberi pengajaran kepada saya supaya jangan suka menipu orang kerana menipu itu adalah salah satu daripada amalan syaitan. Kita juga perlu menolong orang yang dalam kesusahan.