Selasa, Disember 05, 2006

Budak Pengembala dengan Serigala

Buku cerita ini diterbitkan oleh Arowana Publications dan mengisahkan tentang seorang budak pengembala kambing yang suka menipu orang-orang kampung.

Dia mengatakan bahawa ada serigala yang datang untuk memakan kambing-kambingnya itu. Dia menipu orang-orang kampung sebanyak tiga kali.

Pada kali keempat serigala benar-benar datang untuk memakan kambing-kambing budak pengembala itu. Budak pengembala kambing itu meminta tolong kepada orang-orang kampung tetapi orang-orang kampung tidak lagi percaya kepada budak pengembala itu. Akhirnya kambing-kambing budak pengembala itu dimakan oleh serigala.

Cerita ini banyak memberi pengajaran kepada saya supaya jangan suka menipu orang kerana menipu itu adalah salah satu daripada amalan syaitan. Kita juga perlu menolong orang yang dalam kesusahan.

7 ulasan:

lidah penghunus berkata...

assalamualaikum jemputlah ke http://www.lindunganbulan.blogspot.com dan http://www.karyamuslim.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

bagus imah. menarik.

Abang Long berkata...

jujur dan ikhlas dalam perbuatan, itulah yang terbaik.

Chempaka biru berkata...

assallammualaikum. Hai sayang.... comel je website ni sama cam orang nya. Teruja tul membaca... berbakat dalam mengendalikan dengan segala ulasan. Good job sayang

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Dari Am ya, kecik-kecik dah berbakat, teruskan usaha ya

Tanpa Nama berkata...

bagus lah dik Imah yg comel. rajin2 m'baca, rajin2 menulis, rajin2 belajar ek.

.imah. berkata...

lidah penghunus,
waalaikumusalam. :)

Anonymous,
Terima kasih. :)

Abang Long,
Ya, betul. :)

Chempaka biru,
Waalaikumusalam. Hai. Terima kasih. :)

Anonymous (am),
Terima kasih. :)

Anonymous,
Terima kasih, :)