Selasa, November 28, 2006

Sahabat yang Tidak Jujur

Buku yang bertajuk "Sahabat yang Tidak Jujur" ini diterbitkan oleh Arowana Publications Sdn. Bhd. ini mengisahkan tentang keakraban dua sahabat.

Seekor kaldai bersahabat baik dengan seeokr rubah. Kaldai sangat lurus manakala rubah pula sangat licik. Rubah selalu mengambil kesempatan di atas sifat lurus kaldai. Akhirnya rubah mendapat balasan di atas perbuatan dia.

Pada pendapat saya cerita ini mengajar saya supaya bersikap jujur semasa berkawan. Kita juga tidak patut mengambil kesempatan di atas orang yang lurus dan jangan suka berbohong.

Isnin, November 27, 2006

Hargai Diri Sendiri

Hargai Diri Sendiri ditulis oleh Long dan dterbitkan oleh Pustaka Alhas Sdn. Bhd. Buku ini mengisahkan tentang Jula, seekor rama-rama yang tidak menghargai kelebihan dan keistimewaan yang ada pada dirinya sendiri.

Pengajaran yang saya dapat daripada buku ini ialah kita mesti bersyukur di atas keistimewaan dan kelebihan diri kita. Kita juga perlu saling tolong-menolong di antara satu sama lain.

Ahad, November 26, 2006

Rahmat Tuhan

Saya ada meminjam buku dengan salah seorang kawan saya di sekolah. Buku itu ditulis oleh Lim Kay Hiong dan diterbitkan oleh Federel Publications Sdn. Bhd. Novel ini mengisahkan tentang seorang pembantu rumah, Khatijah yang sering diseksa oleh majikannya, Tuan Halim dan Puan Rosnah iaitu orang kaya di kawasan itu.

Akhirnya,Tuan Halim dan Puan Rosnah mendapat balasan di atas perbuatan mereka yang sering menyiksa Khatijah.

Buku ini sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat kerana ia banyak memberi kita pengajaran. Pengajaran yang saya dapati sendiri apabila membaca buku ini ialah kita perlu menolong orang yang dalam kesusahan dan menghormati semua orang walaupun mereka tidak setaraf dengan kita.

Sabtu, November 25, 2006

Jalan Jauh ke Kampus

RM 21.00 / RM 24.00 (Sabah & Sarawak),
983-192-032-5;
978-983-192-032-9;
9789831920329
Tarikh Terbit: 12 September 2006 ;
Jumlah Muka Surat : 336 halaman

Baru-baru ni saya ada baca sebuah novel yang ditulis oleh Puan Ida Rizyani Tahir dan diterbitkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. yang bertajuk Jalan Jauh ke Kampus. Novel ini mengisahkan tentang kegigihan Farid bagi mencapai cita-citanya yang ingin menjadi seorang hafiz Al-Quran(orang yang menghafal Al-Quran).

Pada pendapat saya, novel ini amat memberangsangkan dan sesuai dijadikan inspirasi kepada mereka yang ingin menjadi hafiz. Novel ini juga banyak memberi kesedaran kepada saya sendiri supaya menghormati orang yang lebih tua dan terus berusaha sehingga berjaya mencapai cita-cita kita.