Sabtu, November 25, 2006

Jalan Jauh ke Kampus

RM 21.00 / RM 24.00 (Sabah & Sarawak),
983-192-032-5;
978-983-192-032-9;
9789831920329
Tarikh Terbit: 12 September 2006 ;
Jumlah Muka Surat : 336 halaman

Baru-baru ni saya ada baca sebuah novel yang ditulis oleh Puan Ida Rizyani Tahir dan diterbitkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. yang bertajuk Jalan Jauh ke Kampus. Novel ini mengisahkan tentang kegigihan Farid bagi mencapai cita-citanya yang ingin menjadi seorang hafiz Al-Quran(orang yang menghafal Al-Quran).

Pada pendapat saya, novel ini amat memberangsangkan dan sesuai dijadikan inspirasi kepada mereka yang ingin menjadi hafiz. Novel ini juga banyak memberi kesedaran kepada saya sendiri supaya menghormati orang yang lebih tua dan terus berusaha sehingga berjaya mencapai cita-cita kita.

3 ulasan:

Puan Ainon Mohd. berkata...

Saudari Ima,

Daripada struktur ayat-ayat yang saudari tulis, jelas sekali saudara mempunyai bakat menghasilkan ayat-ayat yang betul ejaan dan tatabahasanya.

Saudari juga telah membuat kesimpulan yang tepat berkenaan tema utama dalam novel yang saudari baca itu.

Terima kasih kerana sudi mengulas buku terbitan PTS.

Puan ainon Mohd. (SifuPTS)

Tanpa Nama berkata...

Tahniah adik Imah krn ada blog sendiri. Terimakasih krn sudi membaca novel saya dan diharap ianya memberi semangat kpd pembaca agar terus berjuang demi sebuah kejayaan. Saya kagum dengan adik Imah.Teruskan menulis..

.imah. berkata...

Puan Ainon Mohd,
Terima Kasih. :)

Anonymous,
Terima kasih dan sama-sama. :)