Ahad, Mei 13, 2007

Koleksi Cerita Rakyat Jepun (1)

RM 12.50 / RM 15.50 (Sabah & Sarawak),
983-3357-45-8;
9789833357451;
9789833357451
Tarikh Terbit: 1 January 2006 ;
Jumlah Muka Surat : 160 halaman

Koleksi Cerita Rakyat Jepun (1) yang mengandungi lima cerita pendek yang berkisar pada zaman lampau di Jepun.

Buku ini agak menarik kerana setiap cerita disertakan dengan beberapa perkataan Jepun yang ringkas dan mudah dipelajari. Lima cerita dalam buku ini ialah Mata Air Ajaib, Gusti Sumo Tikus, Kintaro, Isshun Boshi dan Lelaki Tua Misteri.


Novel ini ditulis oleh Muhd. Alif Redzuan dan Sanimah Hussin dan diterbitkan oleh PTS One Sdn. Bhd. Novel ini banyak memberikan pengajaran pada diri saya.

Antara pengajaran yang saya dapati dari novel yang mempunyai 148 muka surat ini ialah kita perlu saling tolong-menolong, hormat menghormati, dan jangan tamak serta mudah berputus asa.

Khamis, Mei 03, 2007

Pelangi

RM 13.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak),
983-3653-39-1;
983-3653-39-1;
9789833653393
Tarikh Terbit: 30 November 2006 ;
Jumlah Muka Surat : 224 halaman

Pelangi, sebuah novel kisah benar yang ditulis oleh Ida Munira Abu Bakar dan diterbitkan oleh PTS One Sdn. Bhd. Novel yang mengandungi 217 muka surat ini mengisahkan tentang dua sahabat karib iaitu Farra dan Sarah.

Mereka sering bermain bersama-sama sehinggalah Farra disahkan menghidap penyakit yang agak serius iaitu SLE. Akhirnya Farra berjaya melawan penyakit itu dan sekarang dia dilaporkan stabil dari penyakit itu.

Antara pengajaran yang saya dapati daripada novel ini ialah kita perlu saling tolong-menolong dan hormat-menghormati. Kita juga perlu jujur dalam persahabatan kita. Selain itu, kita perlu yakin pada diri kita sendiri dan jangan mudah putus asa.

Ahad, April 29, 2007

Sarah dan Kasut Tumit Tinggi.

RM 18.00 / RM 21.00 (Sabah & Sarawak),
983-3653-71-5;
978-983-3653-71-3;
9789833653713
Tarikh Terbit: 13 March 2007 ;
Jumlah Muka Surat : 288 halaman

Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja perempuan yang terlalu obses dengan kasut tumit tinggi. Kakinya sering terseliuh kerana mengenakan kasut tumit tingginya di tempat yang tidak sesuai.

Novel ini diterbitkan oleh PTS O.N.E Sdn. Bhd. dan ditulis oleh Ezze Rahmani. Noivel ini juga mengandungi 274 muka surat yang penuh dengan pengajaran. Antara pengajaran yang saya dapati dari novel ini ialah kita mestilah sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Kita juga perlulah saling tolong-menolong.

Rabu, Mac 28, 2007

Impian Harlina

RM 12.50 / RM 15.50 (Sabah & Sarawak),
983-3357-65-2; 978-983-3357-65-9; 9799833357658
Tarikh Terbit: 1 October 2005 ;

Jumlah Muka Surat : 240 halaman


Impian Harlina merupakan kisah benar seorang budak yang lemah dalam pelajarannya dan kini dia menjadi seorang doktor dan juga penulis buku ini.

Doktor atau Puan Haslisa Ramli menceritakan semula kisah hidupnya dari dia kecil sehingga dewasa dan berjaya seperti sekarang ini. Buku ini diterbitkan oleh PTS One Sdn. Bhd. dan mengandungi 218 muka surat yang penuh dengan pengajaran yang boleh kita contohi.


Antara pengajaran yang saya dapati daripada nomik ini adalah kita mestilah terus berusaha dan jangan berputus asa untuk mendapatkan sesuatu. Kita juga perlulah bersyukur di atas pemberian Tuhan kepada diri kita. Selain itu, kita juga haruslah menghormati orang yang lebih tua dari kita dan saling tolong-menolong.

Isnin, Februari 12, 2007

Bagai Isi dengan Kuku

Karangan: Ami Masra
Penerbit: Pustaka Jerang

Bagai Isi dengan Kuku mengisahkan tentang dua orang budak yang bernama Rosli dan Roslan. Mereka berdua sungguh akrab bagai isi dengan kuku. Mereka juga saling tolong-menolong antara satu sama lain. Mereka berdua murid yang cemerlang di sekolah mereka. Ibu bapa mereka sungguh bangga dengan prestasi mereka.

Buku ini ditulis oleh Ami Masra dan diterbitkan oleh Pustaka Jerang. Saya dapati buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Ianya membentuk nilai-nilai murni dalam diri kita seperti tolong-menolong, hormat-menghormati, dan berdisiplin.

Khamis, Februari 01, 2007

Dua Pengembara Dengan Dompet

Dua Pengembara Dengan Dompet mengisahkan seorang pengembara tamak yang telah menjumpai sebuah dompet yang berisi banyak jumlah wang.

Pengembara itu berkata bahawa dompet itu kepunyaan dia seorang, akan tetapi dia menjumpai dompet itu bersama seorang lagi pengembara. Mereka berdua bergaduh kerana merebutkan dompet itu. Akhirnya pengembara yang tamak itu ditangkap oleh orang-orang kampung.

Buku ini diterbitkan oleh Arowana Publications Sdn. Bhd. Pengajaran yang saya dapati daripada buku ini ialah kita tidak boleh tamak dalam kehidupan kita.

Kita juga tidak patut mengambil barang yang bukan milik kita.kita juga harus saling tolong-menolong.

Sabtu, Januari 20, 2007

Sahabat Kole Kacang Jiwa Pendekar

RM 13.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak),
983-3653-54-5;
978983365354-6
Tarikh Terbit: 30 November 2006 ;
Jumlah Muka Surat : 224 halaman

Sahabat Kole Kacang Jiwa Pendekar mengisahkan tentang Muaz dan Zuhaimi serta kawan baru mereka Khalid, Ayub dan lain-lain lagi. Juga mengisahkan tentang Azizul seorang pelajar nakal yang berkawan dengan Johan dan Hassan. Shafie pula adalah mangsa buli mereka. Azizul mahu berubah menjadi budak yang baik. Shafie pula ingin menjadi budak yang tak mudah dibuli. Usaha mereka berdua bukan mudah. Banyak halangan yang ditempuhi mereka.

Nomik ini diterbitkan oleh PTS O.N.E Sdn. Bhd. dan ditulis oleh Encik Ahmad Zafran Abdul Mutalib dan dilukis oleh Encik Mohd Faisal Nordin.

Pengajaran yang saya dapati setelah membaca nomik motivasi ini ialah kita perlu berani mengaku atas kesalahan yang telah kita lakukan. Kita juga perlu saling tolong-menolong dan hormat-menghormati.