Rabu, Mac 11, 2009

Tak Bisa Memilihmu

RM 18.90 / RM 21.90 (Sabah & Sarawak),
983-3654-38-X;
978-983-3654-38-3;
9789833654383
Tarikh Terbit: 31 March 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 288 halaman

Tak Bisa Memilihmu, mengisahkan Adi yang merantau dari Indonesia ke Malaysia demi mencapai cita-citanya bergelar penyanyi. Dia terpilih menjadi vokalis kumpulan 6ixth Sense. Suka duka Adi bersama rakan-rakannya dalam membina nama dalam industri hiburan terakam di dalam buku ini. Hubungan rapat dengan Sally, pemilik Rumpun Records, syarikat rakaman tempat dia bernaung membuatkan dia mulai keliru. Terperangkap antara 2 orang yang baginya istimewa. Dia terpaksa memilih antara Dewi yang ditinggalkan di Indonesia ataupun Sally yang menemaninya di Malaysia. Pada pendapat saya, pada akhirnya Adi memilih Sally yang mungkin lebih banyak memberi dorongan kepadanya.

Novel 288 muka surat yang ditulis oleh Ain Maisarah dan diterbitkan oleh PTS One Sdn. Bhd. ini menarik dengan gaya bahasa yang mudah difahami. Terdpat juga pelbagai pengajaran kepada kita. Antaranya ialah, kita mestilah berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan. Jangan hanya bergantung pada nasib. Kejayaan tidak akan datang bergolek. Kita juga haruslah mengingati asal usul diri kita. Janganlah mudah lupa diri. Kerjasama antara satu sama lain juga amat penting dalam kehidupan kita.

Isnin, Mac 09, 2009

Mengapa Aku Jadi Pengetua?

RM 18.90 / RM 20.90 (Sabah & Sarawak),
983-3654-63-0;
978-983-3654-63-5;
989833654635
Tarikh Terbit: 10 October 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 336 halaman

Novel yang mengisahkan cabaran yang dihadapi oleh Izaz Noraini, seorang pengetua muda di sebuah kolej swasta. Izaz terpaksa menjadi pengetua di kolej tersebut kerana itu adalah amanah kakak iparnya. Pelbagai masalah yang terpaksa Izaz harungi. Antaranya ialah menjadi buah mulut orang lain. Dia juga terpaksa mengharungi pelbagai cabaran kerana kehilangan abangnya yang melarikan diri. Tetapi akhirnya, Izaz berjaya menjadi seorang pengetua muda yang berjaya dalam kariernya.

Novel karya Kusyi Hirdan terbitan PTS One Sdn. Bhd. ini mengandungi 336 halaman dan mempunyai pelbagai pengajaran yang boleh diteladani. Kita haruslah sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan. Janganlah mudah berputus asa dan mengaku kalah jika tidak mencuba sesuatu itu dulu. Kita juga haruslah berpegang kepada amanah yang diberikan kepada kita.
Buku ini menarik dengan gaya penulisannya yang tidak terlampau rumit untuk difahami.