Rabu, Jun 13, 2007

Dua Dunia

RM 14.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak),
983-3653-38-3; 9789833653386
Tarikh Terbit: 27 December 2006 ;
Jumlah Muka Surat : 208 halaman

Dua Dunia mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang bernama Yazmin.

Dia sering berada di dalam dunia khayalannya. Yazmin sering berangan-angan hendak membuka salun dan kedai bunga, menjadi saintis dan ratu cantik, serta macam-macam lagi yang diangankan.

Pernah sekali dia berangan hendak membuka salun sehinggakan pokok-pokok jagung emaknya habis rosak dikerjakan dengan syampo kakaknya.

Novel yang mengandungi 208 halaman ini ditulis oleh Majidah Mat Jusoh dan diterbitkan oleh PTS One Sdn. Bhd. Cerita ini agak kelakar dan jalan ceritanya juga bagus. Saya seronok membacanya.

Novel ini banyak memberikan pengajaran kepada diri saya. Antaranya ialah kita perlulah berusaha dan jangan berputus asa untuk berjaya, dan kita haruslah saling hormat-menghormati anatara satu sama lain.

Selasa, Jun 12, 2007

Cerita Antara Kita

RM 14.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak),
983-3653-10-3;
9789833653102
Tarikh Terbit: 17 April 2006 ;
Jumlah Muka Surat : 176 halaman

Cerita Antara Kita mengisahkan tentang tiga orang remaja iaitu Mimi, Iskandar dan Taufiq. Mimi adalah anak kepada seorang Datuk. Dia tidak dapat mencari kebahagian dengan keluarganya, dengan itu dia cuba mencari kebahagian dengan rakan sebayanya iaitu Iskandar dan Taufiq. Namun begitu, kehadiran Amir Amran telah memberi tamparan hebat kepada persahabatan mereka.

Novel yang mempunyai 176 halaman ini ditulis oleh Emy Nasuwa Abu Bakar dan diterbitkan oleh PTS One Sdn. Bhd. Novel ini banyak memberi pengajaran kepada diri saya antaranya ialah kita jangan terlalu bongkak kerana ia mungkin akan memalukan diri kita sendiri.