Isnin, Disember 25, 2006

Himpunan Kisah-kisah Malaikat

Kehidupannya hanya untuk Allah SWT. Tiada sedikitpun coretan hitam dalam diari kehidupannya. Dalam dirinya terpancar 1001 cahaya yang menerangi langit dan bumi.

Malaikat menjadi kekasih dan sahabat para rasul. Malaikat juga menjadi penghibur dan penyampai gembira dalam menempuh kedukaan.

1001 Cahaya-Himpunan Kisah-kisah Malaikat ditulis oleh Muhammad Isa Selamat dan diterbitkan oleh Darul Nu'man ini banyak memberikan saya pengajaran supaya tabah dengan apa jua dugaan dari Allah SWT dan juga menguatkan iman saya.

Khamis, Disember 21, 2006

Misteri Pelajar Hilang

Misteri Pelajar Hilang ditulis oleh Jaffry Mahidin dan diterbitkan oleh Buku Must Sdn. Bhd. ini mengisahkan tentang kehilangan seorang pelajar yang disangka diculik, akan tetapi sebenarnya dia bersama abangnya.

Dua orang pelajar iaitu Suhaila dan Mei Yap telah berusaha untuk menjejaki kehilangan Prema,pelajar itu. Akhirnya Prema telah dijumpai.

Pengajaran yang saya dapati daripada cerita Misteri Pelajar hilang ini ialah kita harus sentiasa saling tolong-menolong dan hormat-menghormati di antara satu sama lain. Kita juga perlu mendengar nasihat ibu bapa dan jangan melawan mereka.

Selasa, Disember 05, 2006

Budak Pengembala dengan Serigala

Buku cerita ini diterbitkan oleh Arowana Publications dan mengisahkan tentang seorang budak pengembala kambing yang suka menipu orang-orang kampung.

Dia mengatakan bahawa ada serigala yang datang untuk memakan kambing-kambingnya itu. Dia menipu orang-orang kampung sebanyak tiga kali.

Pada kali keempat serigala benar-benar datang untuk memakan kambing-kambing budak pengembala itu. Budak pengembala kambing itu meminta tolong kepada orang-orang kampung tetapi orang-orang kampung tidak lagi percaya kepada budak pengembala itu. Akhirnya kambing-kambing budak pengembala itu dimakan oleh serigala.

Cerita ini banyak memberi pengajaran kepada saya supaya jangan suka menipu orang kerana menipu itu adalah salah satu daripada amalan syaitan. Kita juga perlu menolong orang yang dalam kesusahan.

Isnin, Disember 04, 2006

Mengembara di Alam Bunian

Buku ini ditulis oleh Hussain Sa'ad dan diterbitkan oleh Penerbitan PRISM ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang bongkok dan hodoh.

Ramai orang membencinya dan menghalau dia. Dia lari ke dalam hutan dan berjumpa orang bunian.

Orang bunian itu mem bawa dia ke alam bunian. Orang bunian menukarkan pemuda itu kepada orang yang kacak dan menyuruh pemuda itu berjanji kepadanya supaya jangan berbuat jahat. Pemuda itu berjanji.

Akan tetapi apabila dia kembali ke kampungnya dia telah membunuh seorang penduduk. Oleh sebab telah membuat kejahatan, pemuda itu menjadi bongkok dan hodoh semula.

Pengajaran yang saya dapati daripada cerita ini ialah kita perlu sabar menerima apa jua dugaan dari Tuhan.

Kita juga tidak patut menghina orang yang hodoh kerana mereka juga makhluk Tuhan.